Andainya ku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerana bagiku ia sama bererti dan nilai dalam hidupku,
CINTA
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya,
Kerana disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa,
Seorang pencinta setia,
Tatkala ikatan digundang kekecewaan.
yang punya hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini,
tak terungkai dengan bicara di bibir ini,
tak tergambar dengan lakonan,
Begitu syahdunya kurniaan IIlahi,
lahirnya dari hati seorang insan
Berakal,beremosi,penyayang dan berperasaan.
PERSAHABATAN
Suatu ikatan yang lahir dari hati,
keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta kearkaban,
Sesungguhnya,sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
tentang impian dan pergertian hidup ini.
Persahabatan yang murni dan suci,
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sejati,
sekiranya menjadi gunung dalam lipatan,
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.
Teman yang budiman,
mengertilah maksud ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecil,
sejak perkenalan kita.
Kita bina teguh persahabatan,
yang dipagari besi kedewasaan,
yang teguh berdiri megah di laman hati kita,
tak tumbang dek rintangan,
hanya satu pintaku,
agar dikau sentiasa mengingati diriku.
0 comments:
Post a Comment